MAHU TEMPAH BAJU IKUT 100% UKURAN SEBENAR DAN CITARASA ANDA?

Anda buntu? Sudah beli kain?

Masih mencari tailors atau tukang jahit yang mahir ?

Ingin Baju Raya yang tepat ukuran dan ikut citarasa anda?

Tak pasti di mana untuk tempah 

Baju ke Majlis Kenduri/Pakaian Bekerja/

Baju Raya 2024 ?

Jangan risau! Kami di Mira Azli Tailors solusi tempahan baju untuk anda.

Kami mengambil tempahan untuk baju kurung, baju melayu, jubah, dan kurta mengikut impian dan ukuran sebenar anda. Kami komited untuk menghasilkan pakaian yang sempurna dan menonjolkan keunikan anda.

Jadi, tunggu apa lagi?

TEMPAH PAKAIAN ANDA SEKARANG !

 

SEGERA TEMPAH BAJU RAYA ANDA SEKARANG!

ANDA NAK ALTER BAJU? ALTER SELUAR? ALTER JUBAH? ALTER JEANS?

Anda ada pakaian yang perlu diubahsuai dan dibaiki? 
Baju terlalu besar? Seluar terkoyak ?Jahitan Lama pada pakaian anda reput dan Terbetas?
“Selamatkan baju/seluar kesayangan anda sebelum menjadi kain buruk dirumah…”
Jangan risau! kami sedia membantu segala masalah anda…

👗 Selamat Datang ke MiraAzli Tailors.com: Mewujudkan Pakaian Impian Anda! 👔

Kami di MiraAzli Tailors.com membawa kepada anda pengalaman unik dalam menjahit pakaian. Sebagai pakar tukang jahit pakaian dengan pengalaman selama 5 tahun, kami memahami bahawa “pakaian cerminan identiti anda.”

Kami di MiraAzli Tailors adalah pakar tukang jahit profesional dengan lebih daripada 5 tahun pengalaman dalam dunia jahitan. Setiap jahitan kami dihasilkan dengan teliti, memberikan anda pakaian yang tidak hanya cantik, tetapi juga selesa, kemas, dan bergaya.

ADAKAH ANDA?

👗 Nak buat baju raya dengan citarasa pakaian idaman anda?

👩‍🏫 Seorang cikgu sekolah yang setiap hari mengenakan pakaian Baju Kurung untuk mengajar?

🧵 Terlalu banyak kain meter dalam simpanan anda yang masih belum buat apa-apa lagi pakaian?

🎉 Nak buat baju khas untuk menghadiri majlis keramaian penting anda?

👨‍👩‍👧‍👦 Sedang mencari tailors untuk tempah baju sekeluarga untuk majlis keramaian anda?

KEPAKARAN KAMI?

MiraAzli Tailors “Selesa, Kemas Bergaya” merupakan pakar desain & menjahit tempahan pakaian mengikut kehendak anda sekeluarga khusus baju kurung, baju kurung moden, baju kurung kedah, jubah, baju melayu, kurta, baju kanak-kanak dan alterations pakaian.

 MiraAzli Tailors sedia membantu anda sekeluarga untuk berpakaian tempahan yang selesa, kemas dan bergaya dengan kain pilihan anda sendiri.

 

APAKAH SERVIS TEMPAHAN BAJU DITAWARKAN?

Mira Azli Tailors menyediakan tempahan baju kurung, baju kurung moden, baju kurung kedah, jubah, baju melayu,kurta, baju kanak – kanak  mengikut keperluan anda  sekeluarga. Kami adalah tailors pilihan utama di Sungai Buaya & Rawang.

 

TEMPAHAN BAJU KURUNG 

 

TEMPAHAN BAJU MELAYU

 

TEMPAHAN BAJU KURTA

 

TEMPAHAN JUBAH

PAKEJ TEMPAHAN BAJU KURUNG

MiraAzliTailors.com menawarkan pelbagai pakej tempahan baju kurung dengan memberi kebebasan kepada anda untuk memilih tempahan rekaan baju kurung mengikut citarasa anda.
Kami menyediakan servis tempahan baju kurung dengan pakej tempahan baju kurung teluk belanga,tempahan baju kurung Pahang – Riau, tempahan baju kurung kedah, tempahan baju kurung moden.
Koleksi Tempahan Baju Kurung kami menyediakan rekaan moden dengan sentuhan tradisi untuk memastikan anda kelihatan elegan dalam setiap acara.

 

TEMPAHAN BAJU KURUNG TELUK BELANGA

Dapatkan tempahan baju kurung teluk belanga kami dengan pakej sepasang hanya RM 70 dewasa dan RM 50 baju kurung budak yang telah direka dengan rekaan baju tradisi melayu perempuan.

*Anda diminta untuk membawa kain sendiri  untuk buat baju . Ukuran baju boleh disesuaikan dengan tailors kami atau ikuti saiz contoh baju yang anda bawa. Jadikan setiap detik istimewa dengan penampilan yang memikat.

Jom, buat tempahan Baju Kurung Teluk Belanga  sekarang! 

Bersama kehebatan baju tradisi Melayu perempuan, Mira Azli Tailors

 

TEMPAHAN BAJU KURUNG PESAK GANTUNG 

Kami di Mira Azli Tailors kini menerima tempahan eksklusif untuk Baju Kurung Pesak Gantung – Dewasa hanya RM 70 sepasang dan Baju kurung Pesak Budak hanya RM 50 . Kita kongsi keindahan pakaian tradisional Melayu.

Baju Kurung Pesak mempunyai rekaan pesak gantung disisi yang membuatkan si pemakai nampak anggun dan senang dipakai ke pelbagai acara serta  kualiti jahitan teliti kami bawakan pada pakaian mengikut citarasa anda.

 Untuk membuat tempahan baju, kain anda sendiri sediakan. Ukuran baju boleh diukur dikedai dengan tailors kami atau ikuti saiz contoh baju yang anda bawa. Sertai kami untuk mencipta penampilan yang memukau.

Jom, buat tempahan Baju Kurung Pesak Gantung sekarang! 

 

TEMPAHAN BAJU KURUNG PAHANG – RIAU

Kini, Mira Azli Tailors membuka servis tempahan istimewa untuk Baju Kurung Pahang atau Baju Kurung Riau Pahang yang hanya RM 70 dewasa dan RM 50 untuk saiz budak. 

Kami menampilkan rekaan baju kurung Pahang – Riau yang klasik menjadikan anda nampak anggun dan menawan. Bahan yang digunakan adalah yang terbaik dan direka khas untuk membuat jahitan baju kurung yang berkualiti dan tahan lama.

Datang membuat tempahan baju ke MiraAzli dengan membawa kain sendiri, dan kami jahitkan baju kurung anda dengan ukuran tepat mengikut badan anda. Jadikan setiap acara istimewa dengan penampilan yang memikat.

Jom, buat tempahan Baju Kurung Pahang sekarang!

 

TEMPAHAN BAJU KURUNG MODEN

MiraAzli Tailors menyediakan servis tempahan baju kurung moden mengikut ukuran badan anda dengan material fabrik yang anda sediakan dan ciri stail yang anda minati. 

Sambut keanggunan baju Kurung Moden dengan Pakej istimewa kami, bermula dari RM 80 sepasang untuk Dewasa dan Pakej harga tempahan Baju kurung moden budak sepasang bermula dengan RM 55. 

Rekaan baju kurung moden kami berdasarkan perubahan fesyen pada masa kini seperti kurung moden lace dan lain-lain lagi.

kami menyediakan servis tempahan baju yang menggunakan bahan berkualiti tinggi ,yang tahan lasak serta selesa dipakai bersesuaian dengan acara apa yang ingin anda peragakan.

Jom buat tempahan baju kurung moden anda hari ini. 

 

TEMPAHAN BAJU KURUNG KEDAH

Nikmati keunikan Baju Kurung Kedah dengan Pakej tempahan baju kurung kedah sepasang hanya RM 80 untuk dewasa manakala untuk Tempahan baju kurung kedah budak berharga RM55 sepasang. 

Reka bentuk baju kurung kedah kami sememangnya menjadi pilihan ramai. Oleh kerana Rekaannya yang klasik, anggun, dan merupakan pakaian tradisional untuk wanita. 

Namun kini rekaan semakin diolah menjadi moden tetapi ia masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang tidak akan ditinggalkan.

Jangan lepaskan peluang, dan bawa kain pasang anda beserta contoh gambar rekaan yang diingini. Jadikan setiap detik istimewa dengan penampilan yang memukau dengan membuat tempahan di MiraAzliTailors.

Jom, buat tempahan Baju Kurung Kedah sekarang!

HARGA BAJU KURUNG + LACE

 
 TEMPAHAN BAJU KURUNG  + LACE PADA BAWAH BAJU & HUJUNG LENGAN

Harga Baju Kurung Moden Berlace

  • Baju kurung moden = RM 80
  • Tambah lace bawah baju + hujung lengan = RM 30 ( lace anda sediakan )
  • Tambah lace pada hujung lengan sahaja = RM 15 ( lace anda sediakan )
  • Tambah lace pada bawah baju Full = RM 20 ( lace anda sediakan )
  • Tambah zip pada hujung lengan = RM 6
  • Tambah span bahu = PERCUMA

PAKEJ TEMPAHAN BAJU MELAYU

MiraAzliTailors.com menawarkan pelbagai pakej tempahan baju melayu kami dijahit dengan teliti menggunakan kain berkualiti pilihan anda. Rekaan yang bergaya, kemasan yang sempurna untuk memastikan anda kelihatan elegan dalam setiap acara dengan memberikan penampilan yang bersesuaian dengan trend masa terkini, namun masih mengekalkan unsur tradisional.

Kami menyediakan perkhidmatan tempahan pakaian lelaki termasuk pakej tempahan baju Melayu Teluk Belanga, baju Melayu Cekak Musang dan kurta.

 

TEMPAHAN BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Anda mencari baju Melayu cekak Musang yang elegan dan berkualiti?

Jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan Baju Melayu Cekak Musang eksklusif dengan Pakej Tempahan baju Istimewa kami hanya RM 130 sepasang untuk dewasa dan RM 100 sepasang untuk tempahan baju melayu cekak musang kanak-kanak. 

Anda perlu bawa kain sendiri  dan ukuran baju boleh diubahsuai mengikut citarasa anda dengan ukur badan dengan tailors kami atau ikut baju contoh yang anda bawa. Kami akan menjahit mengikut citarasa anda dengan sempurna. Tempah sekarang dan jadikan setiap detik istimewa dengan penampilan yang memukau.

Jom, buat tempahan Baju Melayu Cekak Musang sekarang!

 

TEMPAHAN BAJU MELAYU TELUK BELANGA / JOHOR

Mira Azli Tailors menawarkan pakej tempahan Baju Tradisi Melayu iaitu sepasang Baju melayu teluk belanga yang eksklusif pada harga RM 110 sahaja untuk dewasa dan RM 90 sepasang untuk pekej baju melayu teluk belanga kanak-kanak.

Kini anda boleh memilih di antara Baju Melayu Teluk Belanga / Johor untuk penampilan istimewa. Baju Melayu dengan rekaan moden dan kemasan yang sempurna untuk majlis rasmi.

Anda perlu bawa kain pilihan anda sendiri dan ukur ukuran badan dengan tailors kami atau ukuran badan ikuti saiz contoh baju yang anda bawa. Jadikan setiap detik istimewa dengan penampilan yang memikat.

Jom, buat tempahan Baju Melayu Teluk Belanga/Johor sekarang!

PAKEJ TEMPAHAN BAJU KURTA

Kurta kami menawarkan rekaan yang trend dan klasik. Dengan pilihan warna yang pelbagai dan kualiti jahitan yang tinggi, anda pasti akan berkembang dalam setiap acara atau majlis.

     

TEMPAHAN BAJU KURTA CEKAK MUSANG

Tempahan Baju Kurta Lelaki: Gaya Moden & Selesa bermula dari RM75

Anda mencari kurta lelaki yang selesa dan bergaya untuk pelbagai acara formal dan kasual?

Mira Azli Tailors menawarkan pakej tempahan sepasang kurta lelaki dewasa bermula dari RM75. Untuk kurta budak bermula dari harga RM 65.

Rekaan kurta kami adalah lebih selesa dan simple, sesuai untuk pelbagai acara formal, menunaikan solat Jumaat tau pakaian ke pejabat. Potongan baju kurta terbahagi kepada dua jenis, iaitu labuh dan moden (dikenali sebagai slim fit).

Anda diminta untuk membawa kain sendiri.Ukuran baju boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.Sama ada anda ingin ukuran baju disesuaikan dengan tailors kami atau mengikut baju contoh yang anda bawa, Mira Azli Tailors sedia membantu anda.

 Jom buat tempahan baju kurta sekarang dan nikmati gaya yang unik!

PAKEJ TEMPAHAN JUBAH

Kami menyediakan servis tempahan jubah untuk lelaki & perempuan bersesuaian dengan trend dan fashion masa kini. MiraAzliTailors.com mengutamakan kualiti dan keselesaan dengan penggunaan bahan terbaik dan rekaan yang terkini untuk mendapatkan hasil tempahan Jubah yang berkualiti.Rekaan moden dan selesa yang memastikan anda tampil menonjol dan bergaya.

 

TEMPAHAN JUBAH LELAKI

Mira Azli Tailors menawarkan pakej eksklusif Tempahan Baju Jubah Lelaki. Dapatkan segera jubah dewasa elegan sepasang hanya RM100, serta jubah budak lelaki kini hanya RM85 sepasang.

👘 Jubah yang anggun dan moden untuk menyerlahkan personaliti anda.

🧵 Rekaan jubah lelaki yang lebih selesa dan simple.

✂️ Pilihan potongan jubah sesuai untuk dewasa dan budak lelaki.

🪡 Pelanggan boleh membawa kain sendiri.

📏 Ukuran baju boleh disesuaikan dengan ambil ukuran bersama tailors kami atau ikut baju contoh yang anda bawa.

Raih penampilan menarik dengan jubah dari Mira Azli Tailors.

Jom buat tempahan Jubah Lelaki Premium anda sekarang! 

 

TEMPAHAN JUBAH MUSLIMAH

MiraAzliTailors menyediakan pakej eksklusif servis Tempahan Jubah Muslimah dari Mira Azli Tailors. Jubah Muslimah elegan sepasang hanya RM90, dan jubah budak perempuan kini RM60 sepasang.

👗 Jubah yang anggun dan moden untuk menyerlahkan personaliti anda.

🧵 Rekaan yang selesa dan menarik untuk gaya yang tersendiri.

✂️ Pilihan potongan jubah sesuai untuk perempuan dewasa dan budak perempuan.

🪡 Pelanggan boleh membawa kain sendiri.

📏 Ukuran baju boleh disesuaikan mengikut keinginan anda, sama ada ukur ukuran badan dengan tailors kami atau ikut ukuran baju contoh yang anda bawa.

Dapatkan jubah kami dengan rekaan yang longgar dan selesa dipakai sepajang hari. Gaya yang memukau dengan harga yang pasti memikat hati anda.

 Jom buat tempahan Jubah Muslimah sekarang! 

KETAHUI BERAPA METER KAIN YANG ANDA PERLUKAN UNTUK TEMPAH BAJU?

Kami sarankan panduan minima ukuran meter kain diperlukan tempahan baju anda seperti berikut:

JENIS PAKAIAN

BIDANG 45

BIDANG 60

Baju Kurung

4 meter

3 meter

Baju Melayu

4 meter

3 meter

Jubah

3 ½ meter

3 meter

# Ukuran meter kain yang diperlukan bergantung pada Jenis Rekaan Pakaian dan saiz badan anda. Anda boleh hubungi kami untuk kepastian jumlah ukuran kain yang diperlukan untuk tempahan baju : KLIK DISINI

5 SEBAB MENGAPA PERLU MEMBUAT TEMPAHAN & ALTERATIONS?

✂️6 BULAN JAMINAN ALTER TEMPAHAN BAJU ANDA ✂️

PERCUMA! Alter tempahan baju anda dengan membut tempahan di Mira Azli Tailors selama 6 bulan.

Kualiti Jahitan yang Tinggi & Keselesan Maksimum:

MiraAzliTailors dikenali kerana kualiti jahitan yang tinggi. Pakaian anda akan dijahit dengan teliti untuk memastikan pakaian anda terlihat sempurna dan tahan lama.Kami juga memastikan bahawa pakaian yang dihasilkan sangat selesa untuk dipakai, membantu anda merasa yakin dan bergaya.

Pengalaman Tukang Jahit Profesional:

Dengan tukang jahit yang mahir & berpengalaman dalam seni tailoring, setiap helaian jahitan pada pakaian anda dihasilkan dengan teliti, kemas dan ukuran tepat pada badan.

Kepuasan Pelanggan Utama:

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami berusaha untuk memenuhi harapan anda dan menghasilkan pakaian yang memuaskan hati.

Masa tempahan siap pada masa yang ditetapkan

Kami mematuhi masa yang ditetapkan untuk menyiapkan tempahan baju, memastikan pelanggan menerima pakaian yang telah ditempah bersama kami siap dengan tepat pada masanya.

Harga Tempahan Baju yang Berpatutan

Kami menawarkan harga tempahan baju sepasang yang berbaloi dengan kualiti jahitan yang tinggi, memberikan nilai yang sepadan dengan setiap pembelian anda.

Testimoni Pelanggan

Syukur alhamdulilah terima kasih kepada mereka yang bagi review dan menggunakan servis alterations MiraAzliTailors

Apa Kata Pelanggan?

Ali
5/5

“Saya amat berpuas hati dengan pakaian lelaki yang saya tempah. Reka bentuk yang kemas dengan kualiti jahitan yang kemas”

Nora
5/5

Koleksi pakaian lelaki mereka sangat menarik. Pilihan yang luas dan layanan yang memuaskan.”

Razif
5/5

“Proses tempahan yang efisien dan sangat profesional. Saya pasti akan merekomendasikan mereka kepada rakan-rakan saya.”

Siti Norazilah
5/5

Saya berpuas hati dengan servis MiraAzliTailors. Kualiti jahitan yang kemas & baju siap selesa dipakai seperti ukuran yang diberi, harganya pun berpatutan. Alhamdulilah 2 pasang baju – kurung tradisional dan kurung pahang.

🧵 Cara Tempahan & Temujanji

Selangkah demi selangkah dalam membuat tempahan Baju Kurung, Baju Melayu, Kurta dan Jubah di MiraAzliTailors.com

  1. Pilih Jenis Tempahan: Mulakan dengan memilih jenis tempahan yang anda inginkan – sama ada baju kurung, baju melayu, atau pakaian lain yang anda idamkan
  2. Pilih Jenis Rekaan: Pilih rekaan pakaian yang memenuhi citarasa dan gaya peribadi anda, membentuk pakaian yang sempurna.
  3. Tempah – Hubungi Kami di Chat atau Call: Tempah pakaian impian anda dengan menghubungi kami melalui chat atau panggilan. Kami sedia membantu anda!
  4. Tentukan Tarikh Temujanji: Atur temujanji untuk pengambilan ukuran badan dan bawa kain anda sendiri berserta baju contoh jika perlu sebagai rujukan kami. Kami akan sesuaikan mengikut keinginan anda. 
  5. Kami Jahit Impian Anda: Kami akan menghasilkan pakaian anda dengan teliti dan memberikan hasil yang memukau seperti anda impikan mengikut tempoh masa baju siap yang telah dijanjikan. Tunggu sehingga pakaian impian anda menjadi kenyataan.

👗 Jom Tempah Pakaian Anda dengan MiraAzli Tailors! 👔

FAQ

Ya, deposit adalah diperlukan dalam membuat tempahan baju.Deposit biasanya bergantung pada jumlah tempahan anda. sila hubungi kami dengan butiran anda untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan deposit.

Ya, anda boleh menempah pakaian melalui laman web kami atau melalui telefon.

A: Harga bagi membuat tempahan baju kurung & jubah muslimah bergantung pada jenis rekaan, jenis kain yang anda berikan kepada kami dan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan pakaian tersebut.

A: Kami akan cuba membantu anda tetapi perubahan rekaan pada baju perlu  dimaklumkan awal kepada kami sebelum proses pembuatan dimulakan dan jika itu masih boleh bertukar. 

A: Tempoh yang diambil biasanya antara 2 hingga 4 minggu. Sila hubungi kami untuk temujanji dan penjelasan tambahan jika anda memerlukan tempoh yang lebih pendek.

A : Anda boleh membuat tempahan melalui chat, whatsapp atau panggilan telefon.

A: Ya, kami menerima tempahan pakaian khusus mengikut reka bentuk dan keinginan pelanggan.

HUBUNGI KAMI

Hubungi kami sekarang “MiraAzliTailors.com”

Kami sedia membantu dan menyediakan servis tempahan baju yang berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pakaian anda.

 
Anda boleh hubungi  kami dengan CALL : 

” 019 927 4964 “

atau

Whatsapp kami dengan klik butang di bawah :

Lokasi MiraAzli Tailors & Alterations

No.16 , Jalan Selasihsari 3, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor.

JOM BUAT TEMUJANJI TEMPAHAN BAJU ANDA

Mira Azli Tailors SOLUSI ANDA untuk membuat tempahan baju 

© All Rights Reserved.

Scroll to Top

You cannot copy content of this page